Jumaat, 31 Disember 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2O11 - AZAM BARU
Rabu, 15 Disember 2010
Vote For Your Interesting Internet: UNDI PEMBEKAL INTERNET ANDA | INTERNET PROVIDER VO...
Kelajuan internet menjadi isu utama didalam dunia moden sekarang. Sebagai pengguna yang bijak anda mempunyai pandangan yang berbeza untuk menentukan khidmat jalur lebar ( Internet ) anda. Marilah sama-sama kita membuat pilihan senarai rangkaian pembekal internet yang terbaik pilihan anda. Semoga kita dapat mengetahui rangkaian pembekal internet yang terbaik buat kita semua.
Ahad, 12 Disember 2010
Putera30 PhotoGrapher And Designer: PERCUTIANKU KE DESTINASI PERANGINAN KELANTAN DAN T...
Khamis, 9hb Disember 2010 - Bukit Kluang, Besut, Terangganu adalah satu tempat peranginan yang patut anda kunjungi, terdapat pelbagai habitat semula jadi yang cukup indah jika anda berkunjung kesana. Percutian saya bersama keluarga kesana memang berbaloi walaupun penat tak tahu nak cakap.. maklumlah dari utara ke timur, tentulah merasa sedikit tekanan jika bercuti disana. Walauapapun aku harap kauorang takkan lepaskan peluang untuk berkunjung di Bukit Kluang, Besut ini kerana terdapat Gua semulajadi yang terbentuk daripada hakisan ombak. Ternyata bagi photographer anda mungkin akan merasa cabarannya.
Jom bercuti disana bagi menghilangkan segala tekanan yang selama ini ada pendamkan. Cuti-Cuti Malaysia patut menonjolkan segala apa yang terukir dan tercipta di Pantai Bukit Kluang, Terangganu. Kerana ia adalah satu destinasi perlancongan yang paling best yang pernah aku lawati. Sekian Terima Kasih..