Jumaat, 30 April 2010

Senja Merah di Belukar Sambang sebuah teks sejarah?

Posted by asw | Jumaat, 30 April 2010 | Category: , , | 0 comments


BABAK pertarungan antara Jelatang (kanan) dan Kelana Jaya dalam pementasan Senja Merah di Belukar Sambang di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BELUKAR Sambang berada dalam kemelut peperangan iaitu ancaman Siam dan tetangganya Pengakalan Kota yang berdendam kerana hutang maruah yang belum langsai.
Maruah Pengkalan Kota tercabar apabila penghulu Belukar Sambang menolak peminangan Jelatang, pemerintah wilayah itu yang ingin mempersuntingkan Mayang Sari (tunang Kelana Jaya).
Sebenarnya Belukar Sambang terikat sumpah buminya diharamkan dilimpahi darah sesama bangsa dan agama. Inilah rahsia yang disimpan oleh penghulunya.
Namun, akibat dendam yang membara, Jelatang dan pengikut-pengikutnya menyerang Belukar Sambang pada hari persandingan Mayang Sari dan Kelana Jaya.
Kenyataan ini merupakan gambaran daripada pementasan bangsawan Senja Merah di Belukar Sambang, naskhah karya Onie Moraza (Allahyarham) dan diarahkan oleh Rosenah Shamsulaman.
Ia dijayakan para pelakon yang bergabung di bawah Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan yang diasaskan oleh Onnie Moraza pada 1988.
Antara barisan pelakon yang menjayakan pementasan tersebut ialah Jafri Osman (Kelana Jaya), Shahnoor Zahurin (Mayang Sari), Ali Samat (Jelatang), Nordin Osman (Badik), Kamarul Airi (Lanang), Shaari Daud (Penghulu).
Ia turut dijayakan oleh Abd. Rashid (Wira), Shahnoor Fadilah (Melor), Roslan Mat Noor (Galak), Mohd. Rizan Tohid (Rakit), Azhar Samsudin (Jalong), Nor Azizah (Kiambang), Mariam Omar (Kuntum).
Suatu persoalan yang cukup menarik dalam pementasan Senja Merah di Belukar Sambang ialah kedudukan; apakah sebagai sebuah naskhah sejarah atau hanya semata-mata garapan fiksyen?
Kita sebagai penonton boleh membawa naskhah ini ke dalam suatu perbahasan mengenai proses pembentukan teks iaitu ruang-ruang yang berkaitan antara sejarah dan fiksyen.
Sebenarnya kita tidak pernah berfikir jauh dalam konteks ini. Senja Merah di Belukar Sambang atau mungkin naskhah lain dianggap sebagai karya bangsawan dan kita sekadar menonton persembahan oleh para pelakonnya.
Tapi kita sering lupa bahawa suatu inti informasi persejarahan diketengahkan walaupun bukan secara lengkap. Cuma melalui sebuah karya pentas bangsawan.
Naskhah tersebut mengutarakan beberapa bukti sejarah misalnya gerakan ketenteraan Siam ke atas negeri-negeri Melayu di utara pada sekitar abad ke-18. Dengan kata lain, Onie Moraza cuba menggunakan latar persejarahan ini untuk menggarap karyanya.
Perkembangan seni dan kesusasteraan membuktikan sejarah dapat dijadikan bahan atau sumber ilham untuk menciptakan suatu karya sastera. Sama ada dalam bentuk teks atau digarap sebagai pertunjukan teater atau pun sebuah filem.
Karya sastera ataupun senario untuk teater dan filem adalah karya fiksyen yang digerakkan oleh imaginasi kreatif penulisnya. Memang tidak dituntut pertanggungjawaban ilmiah daripada seseorang pengarang.
Mereka (pengarang) hanya perlu menjaga integritinya dengan tidak melakukan kesalahan penafsiran terhadap data dan fakta meskipun bebas melakukan interpretasi dan pengembangan.
Kenyataan ini difahami dengan terperinci oleh Onie Moraza. Allahyarham mengetahui peristiwa sejarah Beruas Tua (nama baru bagi Belukar Sambang) melalui tinjauan kritis terhadap sumber-sumbernya.
Mungkin tanpa disedari oleh Onie Moraza ketika menggarap teks bangsawan itu ialah karya tersebut sedikit sebanyak mengarah fakta sejarah tertentu tetapi ‘jalan ceritanya’ adalah hasil imaginasi kreatif - sebuah karya fiksyen.
Namun, harus diingatkan sesebuah karya bangsawan sama sekali berbeza dengan persembahan-persembahan tradisional lain seperti Mak Yong atau Menora yang sepenuhnya bersifat fiksyen meskipun dengan adaptasi daripada kesusasteraan Hindu.
Dalam aspek lain, naskhah garapan Onie Moraza tersebut juga adalah kenyataan untuk membezakan sastera tradisional dan sastera moden.
Sastera moden jelas dikategorikan sebagai fiksyen sedangkan sastera tradisional dengan tema kesejarahan seringkali dianggap sebagai ‘sejarah’ meskipun sesungguhnya adalah fiksyen juga.
Hubungan emosional dengan peristiwa ataupun tokoh sejarah tertentu yang mendorong seorang pengarang (moden mahupun tradisional), penggiat drama atau penulis menghasilkan karya yang mengandungi di dalamnya acuan kepada tokoh atau peristiwa sejarah tertentu.
Kekaguman dan penghormatan yang tinggi juga mendorong beberapa penulis drama tersohor dunia seperti William Shakespeare yang menulis Julius Caesar atau Albert Camus menulis Caligula.
Agak berbeza ketika Emmanuel Robles menulis Montserrat, tokoh sejarah Simon Bolivar ditampilkan in absentia iaitu namanya sekadar disebut tetapi tidak dimunculkan sebagai watak dalam cerita.
Karya-karya seperti itu, walaupun pada hakikatnya sebuah fiksyen tetapi di dalamnya mengandungi rakaman yang mempunyai nilai ‘catatan sejarah’ mengenai jiwa zaman atau suasana emosi yang hidup pada zaman-zaman yang diceritakan.
Sebagai pengarang yang berpengalaman luas dalam penggarapan naskhah-naskhah bangsawan, allahyarham memahami kandungan sejarah dan persejarahan untuk mengukuhkan Senja Merah di Belukar Sambang.
Selain itu, allahyarham turut memahami realiti dalam sejarah kesultanan Melayu atau kerajaan-kerajaan awal Nusantara iaitu pertikaian akibat perebutan kuasa atau dendam.
Persoalan-persoalan inilah yang cuba digabung menjadi elemen fiksyen yang menarik untuk dipentaskan hingga penonton seolah-olah dihadirkan dengan sebuah fakta sejarah walaupun ia merupakan sebuah teks kreatif.

Di Ambil Daripada Keratan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20/09/2007 (sastera)
 
SASTERA

ARKIB : 20/09/2007

Senja Merah di Belukar Sambang sebuah teks sejarah?

Penaung Dan Pengasas Pertubuhan Bangsawan Seri Perak

Posted by asw | | Category: | 0 comments


PN ROSENAH SHAMSULAMAN
 
Memandangkan persembahan bangsawan tidak mendapat galakan daripada pihak tertentu, Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak masih terus aktif dengan pementasan teater moden. Kini Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah diterajui oleh Rosenah Shamsulaman setelah Onie Moraza telah selamat kembali ke rahmatullah.

Mencari Keahlian Baru - Warga Perak

Posted by asw | | Category: , , , , | 0 comments



Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan sedang giat mencari ahli baru yang berminat didalam Persembahan Teater Dan Kebudayaan.Bagi mereka yang berminat didalam teater yang menetap di Perak yang berumur 18 tahun keatas , sila daftar secara ahli secara online atau dengan mengupload borang pendaftaran disini.



Khamis, 29 April 2010

Jamuan Postmortem Malam Anugerah Juara TM Perak @ Teater Dabus

Posted by asw | Khamis, 29 April 2010 | Category: , , , | 0 comments

Malam Gilang Gemilang Anugerah Juara TM Perak sudah lama hilang didalam ingatan.. namun begitu diatas daya usaha Nazri serta krew-krew nya dari TM perak telah mengadakan Makan Malam Bersempena memperingati jasa-jasa serta kenangan tersebut. Oleh Itu Saksikanlah




Malam Anugerah Aspirasi Juara 2009 TM Perak & Teater DABUS

Posted by asw | | Category: , , , | 0 comments

Photobucket




Karnival Fiesta Teater 2009 - Aktiviti Bangsawan

Posted by asw | | Category: , , , | 0 comments

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

PERTUBUHAN BADAN BANGSAWAN SERI PERAK

Posted by asw | | Category: , , | 0 comments


PENGENALAN PERTUBUHAN BADAN BANGSAWAN SERI PERAK

Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak Darul Ridzuan telah ditubuhkan pada tahun 1988. Pertubuhan ini telah di asaskan oleh Allahyarham Onie Moraza sempena " Manifestasi Bangsawan " yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.


Pada tahun 1988 Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat tempat ketiga dengan mempersembahkan teater bangsawan berjodol " Senja Merah Di Belukar Sambang " . Pada tahun 1989, Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat tempat kedua dengan membawa teater bangsawan berjodol " Bunga Saktimua ". Pada tahun 1990, Manifestasi Bangsawan yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah mendapat kategori persembahan terbaik dengan membawa jodol " Gugurnya Melati Pujaan Tumasik ".


Memandangkan persembahan bangsawan tidak mendapat galakan daripada pihak tertentu, Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak masih terus aktif dengan pementasan teater moden. Kini Pertubuhan Badan Bangsawan Seri Perak telah diterajui oleh Rosenah Shamsulaman setelah Onie Moraza telah selamat kembali ke rahmatullah.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...