Rabu, 15 Disember 2010

Vote For Your Interesting Internet: UNDI PEMBEKAL INTERNET ANDA | INTERNET PROVIDER VO...

Posted by asw | Rabu, 15 Disember 2010 | Category: | 0 comments

Kelajuan internet menjadi isu utama didalam dunia moden sekarang. Sebagai pengguna yang bijak anda mempunyai pandangan yang berbeza untuk menentukan khidmat jalur lebar ( Internet ) anda. Marilah sama-sama kita membuat pilihan senarai rangkaian pembekal internet yang terbaik pilihan anda. Semoga kita dapat mengetahui rangkaian pembekal internet yang terbaik buat kita semua.




 
comment on this

* Luangkanlah sedikit masa demi kebaikan kita bersama

Ahad, 12 Disember 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: PERCUTIANKU KE DESTINASI PERANGINAN KELANTAN DAN T...

Posted by asw | Ahad, 12 Disember 2010 | Category: | 1 comments


Khamis, 9hb Disember 2010 - Bukit Kluang, Besut, Terangganu adalah satu tempat peranginan yang patut anda kunjungi, terdapat pelbagai habitat semula jadi yang cukup indah jika anda berkunjung kesana. Percutian saya bersama keluarga kesana memang berbaloi walaupun penat tak tahu nak cakap.. maklumlah dari utara ke timur, tentulah merasa sedikit tekanan jika bercuti disana. Walauapapun aku harap kauorang takkan lepaskan peluang untuk berkunjung di Bukit Kluang, Besut ini kerana terdapat Gua semulajadi yang terbentuk daripada hakisan ombak. Ternyata bagi photographer anda mungkin akan merasa cabarannya.

 



Jom bercuti disana bagi menghilangkan segala tekanan yang selama ini ada pendamkan. Cuti-Cuti Malaysia patut menonjolkan segala apa yang terukir dan tercipta di Pantai Bukit Kluang, Terangganu. Kerana ia adalah satu destinasi perlancongan yang paling best yang pernah aku lawati. Sekian Terima Kasih..


* Tak Larat nak tulis sebab letih... idea takde nak tengok banyak gambar klik KAT SINI

Isnin, 15 November 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN - BALAI POLIS TAMBU...

Posted by asw | Isnin, 15 November 2010 | Category: | 0 comments

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN - BALAI POLIS TAMBUN

TAMBUN, Isnin 15 November 2010 - Hari ini Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak telah melakar sejarah tersendiri kerana buat kali pertama dalam sejarah menerima (1) ekor lembu untuk di korbankan pada Hari Raya Aidiladha nanti. Majlis penyerahan lembu korban tersebut telah di sempurnakan sendiri oleh Dato' Rusnah Kassim ( Adun Ulu Kinta ). Turut menjayakan majlis tersebut adalah SM Hamdan ( OCS Balai Tambun ), SI Kamaruddin ( OCS Balai Tanjung Rambutan ) dan OCS Tanah Hitam. Ucapan setinggi-tinggi perhargaan buat Dato' Rusnah Kassim kerana sudi menyumbangkan lembu korban serta menyermpurnakan majlis tersebut, bagi mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung juga diucapkan ribuan terima kasih kerana bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.


UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR MAJLIS SILA


SEKIAN TERIMA KASIH.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...